Muhammad Afif Yusof, Farah Shafawati Mohd-Taib, Siti Nabilah Ishak, Shukor Md-Nor, Shahrul Anuar Md-Sah
Mammal Study 49 (3), 171-184, (31 July 2024) https://doi.org/10.3106/ms2023-0044
KEYWORDS: leptospirosis, nesting, radio telemetry, Rattus, Sundamys muelleri, leptospirosis, bersarang, telemetri radio, Rattus, Sundamys muelleri
Rodents serve as the main carriers for leptospirosis disease. Home range and habitat usage are part of the ecological study, which was less explored in disease ecology. In this study, Rattus norvegicus (RN), Rattus rattus complex (RR), and Sundamys muelleri (SM) were chosen due to their high prevalence with pathogenic Leptospira. Three pairs of each species were tracked from urban, semi-urban, and forested areas. The rats were fitted with a transmitter radio-collar and tracked with a portable telemetry receiver consisting of a 3-element Yagi antenna and located using standard methods of ground-based triangulation. Home range and core area were higher in the forest species (SM) than urban species (RN and RR). RN roaming and nesting areas were restricted inside houses and sewers, which is similar to RR roaming outside houses but nesting in houses. SM shows more expansive roaming areas in the forest but occasionally visits dump sites. Food resources, primarily from leftovers and dumping sites, were found to be the main factor in the viability of these species. The information on the movement ecology of rats could give accurate and valuable data on the population control, by targeting the specific areas occupied by the rats.
Published online 14 May, 2024; Print publication 31 July, 2024
Penggunaan kawasan keliaran dan makrohabitat oleh tikus perumah takungan utama Leptospira di Selangor, Malaysia. Tikus adalah pembawa utama penyakit leptospirosis. Kawasan keliaran dan penggunaan habitat adalah sebahagian daripada kajian ekologi yang kurang dieksplorasi dalam ekologi penyakit. Dalam kajian ini, Rattus norvegicus (RN), Rattus rattus complex (RR), dan Sundamys muelleri (SM) dipilih disebabkan prevalen tinggi mereka dengan Leptospira patogenik. Tiga pasang dari setiap spesies dijejaki dari kawasan bandar, pinggiran bandar, dan hutan. Tikus-tikus ini dipasangkan dengan kolar-radio pemancar dan dijejaki dengan penerima telemetri mudah alih yang terdiri daripada antena Yagi 3-elemen dan dikesan menggunakan kaedah triangulasi atas tanah yang standard. Kawasan keliaran dan kawasan teras adalah lebih besar untuk spesies hutan (SM) berbanding dengan spesies bandar (RN dan RR). Kawasan merayau dan bersarang RN adalah terhad di dalam rumah dan sistem pembentungan, hampir sama dengan RR yang merayau di luar rumah tetapi bersarang di dalam rumah. SM menunjukkan kawasan merayau yang lebih luas di hutan, tetapi kadang-kadang melawat tapak pelupusan sampah. Sumber makanan, terutamanya dari sisa-sisa makanan dan tapak pelupusan sampah, didapati menjadi faktor utama dalam keupayaan spesies ini untuk terus hidup. Maklumat mengenai ekologi pergerakan tikus boleh memberikan data yang tepat dan bernilai mengenai kawalan populasi, iaitu dengan menumpukan kepada kawasan-kawasan tertentu yang didiami oleh tikus.